MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com

Saturday, September 24, 2011

_10 ciri_


Ciri2 Lelaki idaman, pendamping sejati, merangkap bakal suami atau insyallah suami sah: (errr... mcm xsabar2 lak kn.... gedik je ayat ni)


  • Tak harapkan paras rupe, asal sejuk mata memandang dan boleh wat slalu nk pandang… (kalau kacak n cute tu kre bonus la….)
  • Tak perlu terlalu berfesyen, nmpk simple n smart dah cukup…. Sbb sy p0n simple je… (xske yg pakai tight2)
  •  Memahami… kalo die memahami sy, saya p0n automatik lah paham die…. Lg satu die mesti bersbr sbb pgai sy….
  • Tahu pasal agama…. Die kne membimbing, bkn menghancurkan….. asal tau asas2, bts2, p0n ckp…. Sy xharapkan terlalu sempurna dlm agama… asalkan die tau, n belajar agama tuk kebahagiaan kami..
  • Sentiasa ade…. Menemani bile sy suka, duka, sharing, caring, pandai memujuk…… ske bercerita… 2 key yg leh wt sy byk berckp à maaf sy kurang berckp… tp kalo kne gn 0rg… boleh jd byk ckp.. ms tu lah 0rg bole tg0k saye dr sudut yg berbeza…  so, 2 lah ssh nk cr….. huhu
  • Setia & jujur….. ni yg ssh nk cari… ye.. manusia xsemua smpurna… nk yg perfect p0n xramai… asalkan dkat dlm hati die ade saya je ckp….
  • Bole terima family saya,lg best anggp family saya sebahagian dr hidup die jugak….  family die p0n sy wt mcm family sendri….
  • Tak perlu nk mengesposekan diri utk 0rg knl… ckp sederhana je…. Sy xske popularity…. Semua tu mcm xmenentukan ape2… ckp Org knl die sbb bakat die, sumbangan die, hasil kerja die….
  • Menyayangi dan mencintai saya sepenuh hati… tiada yang lain….. (ini yang dititik beratkan)
  • N last but not least, sy ni cpt gelabah… die msti kne pandai wat saye xgelabah….. huu… 
P/S:   Bukan kesempurnaan yang dicari…. Aku pun xsempurna mna….  jodoh & pertemuan Allah yang   tentukan…. Apepun yg diperkenankan…. Terima dgn seadanya dan seikhlas hati ^__^

Monday, August 22, 2011

H.I.D.U.P-Apa Itu?

Nangis dan terus menangis. gembira dan terus gembira. Tertawa dan terus tertawa. Kecewa dan terus kecewa. Saya 'kehilangan kehidupan' kah?. The lost of life will be irreplaceable.

Buat sesuatu, gagal. Buat lagi, gagal. Adakah saya tidak belajar daripada kesilapan yang lalu? Buat sekali, agak berjaya, tetapi tetap gagal. Gagal lagi. Try and fail. Perlukah mencuba banyak kali? Mungkin. Hingga berjaya. Dan itu proses pembelajarannya. Gagal. Our greatest strong is not in never failing but in rising every time we fall. Kita cari jalan yang betul, tetapi gagal. Kita dah tahu jalan tadi adalah jalan kegagalan. Okey. Jalan lain. Gagal lagi. Tetapi berjaya sikit. Alhamdulillah. Jalan lain. Hingga berjaya. Itulah prosesnya. Proses pembelajaran. Kita belajar.

Perubahan ini menyakitkan. Selagi kita tak berubah, orang sekeliling sama saja. Ketika kita berubah, orang sekeliling kita dah jadi lain. Perasaan kita, ke memang macam tu? Daripada jahat jadi ke baik, daripada malas ke rajin, daripada benci ke sayang. Perubahan=Peralihan. We must become the change we want to see. Kalau daripada jahat ke baik, memang sakit. Tapi sakit itulah pemanisnya. Asam garam perubahan. Perubahan jiwa. Perlu kuat.

Life's challenges are not supposed to paralyze you, they're supposed to help you discover who you are. Hidup perlukan cabaran.
Agree?

Sunday, August 14, 2011

_wanita itu ciptaan yang terindah_

Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. Setiap Wanita itu Cantik.

Wanita Cantik yang solehah adalah :

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.



Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab di pertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab di pertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah.
Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa.

Nastagfirullah Zunubana Ya Allah !

Saturday, August 6, 2011

hidup terlalu singkat untuk membenci



Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.



Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.



Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.



Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

kisah seek0r belalang

  Andaikan aku seekor belalang yang telah lama terkurung dalam sebuah kotak.Suatu hari aku berhasil keluar dari kotak yang mengurungku tersebut.Dengan gembira aku melompat-lompat menikmati erti kebebasan.Dalam perjalananku, aku bertemu dengan seekor belalang Namun aku keheranan mengapa belalang itu bisa melompat lebih tinggi dan lebih jauh dariku.Aneh.

Dengan penasaran aku menghampiri belalang itu, dan bertanya,
“Mengapa kau bisa melompat lebih tinggi dan lebih jauh, padahal kita tidak jauh berbeda dari usia ataupun bentuk tubuh ?”.

Belalang itu pun menjawabn dengan satu rangkap pertanyaan,
“Dimanakah kau selama ini tinggal? Kerana semua belalang yang hidup di alam bebas pasti bisa melakukan seperti yang aku lakukan”.

Saat itu aku ibarat si belalang yang baru tersadar bahawa selama ini kotak itulah yang membuat lompatan aku tidak sejauh dan setinggi bebelalang lain yang hidup di alam bebas.Tapi.. aku sebenarnya seekor belalang ke? 

Renungan :

     Kadang-kadang kita sebagai manusia, tanpa sedar,pernah juga mengalami hal yang sama dengan belalang. Lingkungan yang buruk, hinaan, trauma masa lalu, kegagalan yang beruntun, perkataan teman atau pendapat tetangga, seolah membuat kita terkurung dalam kotak sempit yang membatasi semua kelebihan kita. Lebih sering kita mempercayai mentah-mentah apapun yang mereka voniskan kepada kita tanpa pernah berfikir apakah benar kita separah itu? Bahkan lebih buruk lagi, kita lebih memilih mempercayai mereka daripada mempercayai diri sendiri.Tidakkah Anda pernah mempertanyakan kepada nurani bahwa kita bisa “melompat lebih tinggi dan lebih jauh”
Tidakkah kita mahu menyingkirkan “kotak” itu?
Tidakkah kita ingin membebaskan diri agar kita bisa mencapai sesuatu yang selama ini kita anggap diluar batas kemampuan kita?
Beruntung sebagai manusia, kita dibekali Allah kemampuan untuk berjuang, tidak hanya menyerah begitu saja pada apa yang kita alami. Kerana itu teman, teruslah berusaha mencapai apapun yang kita ingin capai. Sakit memang, lelah memang, tapi bila kita sudah  di puncak, semua pengorbanan itu pasti akan terbayar. Kehidupan kita akan lebih baik kalau hidup dengan cara hidup pilihan sendiri. Bukan cara hidup seperti yang mereka pilihkan untuk Anda.

 Jom melompat lebih tinggi dan lebih jauh !


Melompat Lebih Tinggi - Sheila on 7

Thursday, May 5, 2011

kisahku di bumi arau julai08-april11

disini kisah bermula..... disini lah titik permulaannya....... huhu... pada suatu hari..... se0rg budak berumur 18 taun( agak2 pas abis SPM la) telah menerima tawaran ke diploma uitm arau..... arrggghhh jauh gile!!!tawaran ke pr0gram dipl0ma pengajian perniagaan aka dipl0ma in business studies..... di sini lah kisah bermula................ tanggal 28 JULAI 2008...........

muke yg skema.. biase le... part 1..huhu

gmb0 kt ats ni... ni la r0mate sejati yg ku sygi... Nurul Afifi Ryana binti adnan..... bilik sama... nama p0n nk kt sama..... umoq sama.... yg pelik p0n c0urse p0n c0urse yg same.. huhu... mmg takdir kn.... alhmdulillah kerana mengenali die.... r0mate yg memahami...... bole tid0 satu katil jugak... haha.... ok la pic2 spnjg berada disini....................






sukan dbs
tiga shbt mmbawa berkat =)
 oc yang mmberi pgalaman =)

km berbbq =)



 ni die... ehem3!!! haha... (my br0ther bkn bf.. jgn slh paham yea...=))
dan ini my cutie sista =))))
 
byk lg sebenanye.... byk lg yg berlaku spnjg berada disini.... yeah xmgkin dpt aku lupe..... =)
see u bulan september... insyallah.......... jika umur pnjang, jodoh panjang bertemu lah lg..... okeh... smpai disini UITM ARAU DIHATIKU!!!!!

Friday, April 22, 2011

bel0n....

~Bel0n~
Hari itu sedang aku berjalan aku terlihat sebuah belon…. Sangat cantik sangat menarik…. Berwarna biru…. Yang juga warna kegemaranku………. Aku mendekati bel0n itu….. tetapi hanya setengah jalan…. Difikiranku “bel0n itu mungkin milik orang lain” dan aku terus berlalu…… tanpa mengambil belon itu…….
Kees0kan harinya seperti sedia kala….. aku berjalan di tempat yang sama….. tetapi kali ini aku berjalan bertentangan…  aku melihat seseorang menghampiri belon itu….. tapi penglihatan ku dihalang oleh lori yang sangat besar…. Aku hampa… aku tidak dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku…… tetapi…. Bel0n itu sudah tiada ditempat asalnya….. mungkin diambil oleh orang itu……….. hmmm…
Aku pun berlalu pergi ke taman permainan….. aku duduk sambil melihat orang2 disekeliling…. Ada yang bermain layang2… main bola… berkejar-kejaran…. Sesekali aku terlihat sesuatu ditangan seorang budak perempuan itu….. seperti sangat aku kenali…. Yea! Belon itu!!! Aku memerhati…. Dan aku melihat bel0n itu terlepas dari tangan budak itu…. Tetapi aku musykil…. Kenapa budak itu tidak berusaha untuk mendapatkan belon itu kembali?? Budak itu terus berlalu….. tanpa mengambil belon itu…..
Kali ini aku mendekati belon itu….. dan aku mengambilnya….. aku gembira…. Kami berjalan sama2, dia tetap diatas…. Hehe… sungguh menarik apabila melihat dia diawanan…. Seperti dia juga gembira seperti aku….. sejak dari hari itu kami tidak lekang… sentiasa bersama…. Tidak kira waktu… tidak kira panas atau hujan…. Dia tetap setia bersama…. Tidak pernah hilang……
Pada suatu petang, kami berjalan seperti biasa, seperti hari2 biasa…… angin sangat kuat…. Sehingga kan bel0n itu terlepas dr tangan ku….. aku berusaha untuk mendapatkannya kembali…………… tetapi kuasa angin lebih kuat dari tenaga ku……. Aku tak berdaya lagi untuk mengejar belon itu…. Aku hampa…. Sedih…. Aku berusaha mencari bel0n itu…. Tetapi tidak juga jumpa….. “di manakah dia???”
Kini rutin harian ku setiap hari adalah mencari bel0n itu…. Tetapi tidak juga ku menjumpainya…. Sehingga sampai aku di taman permainan…… aku terlihat banyak belon.... dipegang oleh orang yang sama…. Tiba2 aku terlihat “belon” juga ada dalam byk2 bel0n itu……seperti kelihatan dia sangat menarik… bersama2 dengan belon yang lain… aku cuba berusaha mendekati… tetapi semakin aku mendekati dia semakin menjauh………….. aku putus asa……… aku membiarkan dia pergi………..
Bel0n……. mungkin kau sudah melupakanku………. Mungkin kau lebih gembira bersama orang lain………… tetapi aku sentiasa merindukanmu…………