MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com

Saturday, August 6, 2011

hidup terlalu singkat untuk membenci



Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.



Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.



Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.



Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

kisah seek0r belalang

  Andaikan aku seekor belalang yang telah lama terkurung dalam sebuah kotak.Suatu hari aku berhasil keluar dari kotak yang mengurungku tersebut.Dengan gembira aku melompat-lompat menikmati erti kebebasan.Dalam perjalananku, aku bertemu dengan seekor belalang Namun aku keheranan mengapa belalang itu bisa melompat lebih tinggi dan lebih jauh dariku.Aneh.

Dengan penasaran aku menghampiri belalang itu, dan bertanya,
“Mengapa kau bisa melompat lebih tinggi dan lebih jauh, padahal kita tidak jauh berbeda dari usia ataupun bentuk tubuh ?”.

Belalang itu pun menjawabn dengan satu rangkap pertanyaan,
“Dimanakah kau selama ini tinggal? Kerana semua belalang yang hidup di alam bebas pasti bisa melakukan seperti yang aku lakukan”.

Saat itu aku ibarat si belalang yang baru tersadar bahawa selama ini kotak itulah yang membuat lompatan aku tidak sejauh dan setinggi bebelalang lain yang hidup di alam bebas.Tapi.. aku sebenarnya seekor belalang ke? 

Renungan :

     Kadang-kadang kita sebagai manusia, tanpa sedar,pernah juga mengalami hal yang sama dengan belalang. Lingkungan yang buruk, hinaan, trauma masa lalu, kegagalan yang beruntun, perkataan teman atau pendapat tetangga, seolah membuat kita terkurung dalam kotak sempit yang membatasi semua kelebihan kita. Lebih sering kita mempercayai mentah-mentah apapun yang mereka voniskan kepada kita tanpa pernah berfikir apakah benar kita separah itu? Bahkan lebih buruk lagi, kita lebih memilih mempercayai mereka daripada mempercayai diri sendiri.Tidakkah Anda pernah mempertanyakan kepada nurani bahwa kita bisa “melompat lebih tinggi dan lebih jauh”
Tidakkah kita mahu menyingkirkan “kotak” itu?
Tidakkah kita ingin membebaskan diri agar kita bisa mencapai sesuatu yang selama ini kita anggap diluar batas kemampuan kita?
Beruntung sebagai manusia, kita dibekali Allah kemampuan untuk berjuang, tidak hanya menyerah begitu saja pada apa yang kita alami. Kerana itu teman, teruslah berusaha mencapai apapun yang kita ingin capai. Sakit memang, lelah memang, tapi bila kita sudah  di puncak, semua pengorbanan itu pasti akan terbayar. Kehidupan kita akan lebih baik kalau hidup dengan cara hidup pilihan sendiri. Bukan cara hidup seperti yang mereka pilihkan untuk Anda.

 Jom melompat lebih tinggi dan lebih jauh !


Melompat Lebih Tinggi - Sheila on 7

Thursday, May 5, 2011

kisahku di bumi arau julai08-april11

disini kisah bermula..... disini lah titik permulaannya....... huhu... pada suatu hari..... se0rg budak berumur 18 taun( agak2 pas abis SPM la) telah menerima tawaran ke diploma uitm arau..... arrggghhh jauh gile!!!tawaran ke pr0gram dipl0ma pengajian perniagaan aka dipl0ma in business studies..... di sini lah kisah bermula................ tanggal 28 JULAI 2008...........

muke yg skema.. biase le... part 1..huhu

gmb0 kt ats ni... ni la r0mate sejati yg ku sygi... Nurul Afifi Ryana binti adnan..... bilik sama... nama p0n nk kt sama..... umoq sama.... yg pelik p0n c0urse p0n c0urse yg same.. huhu... mmg takdir kn.... alhmdulillah kerana mengenali die.... r0mate yg memahami...... bole tid0 satu katil jugak... haha.... ok la pic2 spnjg berada disini....................






sukan dbs
tiga shbt mmbawa berkat =)
 oc yang mmberi pgalaman =)

km berbbq =)



 ni die... ehem3!!! haha... (my br0ther bkn bf.. jgn slh paham yea...=))
dan ini my cutie sista =))))
 
byk lg sebenanye.... byk lg yg berlaku spnjg berada disini.... yeah xmgkin dpt aku lupe..... =)
see u bulan september... insyallah.......... jika umur pnjang, jodoh panjang bertemu lah lg..... okeh... smpai disini UITM ARAU DIHATIKU!!!!!

Friday, April 22, 2011

bel0n....

~Bel0n~
Hari itu sedang aku berjalan aku terlihat sebuah belon…. Sangat cantik sangat menarik…. Berwarna biru…. Yang juga warna kegemaranku………. Aku mendekati bel0n itu….. tetapi hanya setengah jalan…. Difikiranku “bel0n itu mungkin milik orang lain” dan aku terus berlalu…… tanpa mengambil belon itu…….
Kees0kan harinya seperti sedia kala….. aku berjalan di tempat yang sama….. tetapi kali ini aku berjalan bertentangan…  aku melihat seseorang menghampiri belon itu….. tapi penglihatan ku dihalang oleh lori yang sangat besar…. Aku hampa… aku tidak dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku…… tetapi…. Bel0n itu sudah tiada ditempat asalnya….. mungkin diambil oleh orang itu……….. hmmm…
Aku pun berlalu pergi ke taman permainan….. aku duduk sambil melihat orang2 disekeliling…. Ada yang bermain layang2… main bola… berkejar-kejaran…. Sesekali aku terlihat sesuatu ditangan seorang budak perempuan itu….. seperti sangat aku kenali…. Yea! Belon itu!!! Aku memerhati…. Dan aku melihat bel0n itu terlepas dari tangan budak itu…. Tetapi aku musykil…. Kenapa budak itu tidak berusaha untuk mendapatkan belon itu kembali?? Budak itu terus berlalu….. tanpa mengambil belon itu…..
Kali ini aku mendekati belon itu….. dan aku mengambilnya….. aku gembira…. Kami berjalan sama2, dia tetap diatas…. Hehe… sungguh menarik apabila melihat dia diawanan…. Seperti dia juga gembira seperti aku….. sejak dari hari itu kami tidak lekang… sentiasa bersama…. Tidak kira waktu… tidak kira panas atau hujan…. Dia tetap setia bersama…. Tidak pernah hilang……
Pada suatu petang, kami berjalan seperti biasa, seperti hari2 biasa…… angin sangat kuat…. Sehingga kan bel0n itu terlepas dr tangan ku….. aku berusaha untuk mendapatkannya kembali…………… tetapi kuasa angin lebih kuat dari tenaga ku……. Aku tak berdaya lagi untuk mengejar belon itu…. Aku hampa…. Sedih…. Aku berusaha mencari bel0n itu…. Tetapi tidak juga jumpa….. “di manakah dia???”
Kini rutin harian ku setiap hari adalah mencari bel0n itu…. Tetapi tidak juga ku menjumpainya…. Sehingga sampai aku di taman permainan…… aku terlihat banyak belon.... dipegang oleh orang yang sama…. Tiba2 aku terlihat “belon” juga ada dalam byk2 bel0n itu……seperti kelihatan dia sangat menarik… bersama2 dengan belon yang lain… aku cuba berusaha mendekati… tetapi semakin aku mendekati dia semakin menjauh………….. aku putus asa……… aku membiarkan dia pergi………..
Bel0n……. mungkin kau sudah melupakanku………. Mungkin kau lebih gembira bersama orang lain………… tetapi aku sentiasa merindukanmu…………

Tuesday, March 29, 2011

hari itu aku takut.... huh tk0t!!

23 MAC 2011
Masa: 4:30 ptg.
Tempat: bl0g E (E102), UITM, Arau, Perlis.
Situasi:di dlm kelas.

aku dan r0mate ku.... seperti biase.... antara yang dtg awal ke kelas.... kelas "hajah" (selling)..... ku lihat r0mate ku klihatan tenang melihat keadaan di luar.... sementara aku?? huh... terase bale yang akn dtg... errrrr... bale---->>sbb tak0t aku yg kne wt presentati0n es0knye yg bel0m aku preparekn lg, yg brmksud--->> disbbkn 0leh "hajah" x lecture lg tajuk presentati0n aku tu~ s0, ini bermakne...... jika taj0k ini diajar pada hari ini..... aku kne wt presentati0n es0knye~~

setelah lebih kurang 5 minit menunggu, kelas sudah p0n di penuhi 0leh warga dbs part 6..... tidak lama kemudian "hajah" pun dtg..... "hajah" pun memulakan lecture nye..... dan pada kali ini t0pik cl0sing pula yg dilecture kn (tajuk presentati0nku)... selesai sudah lecture.... "hajah" pun brtnye.. " h0w many presentati0n t0m0rr0w??? i want 6 presentati0n... including this chapter... this time xdak tangguh2 dah naa.... kne kejar masa"........... ya Allah!!! berdesup jantungku..... trpkse la aku wt presentati0n es0k~~~=((

Masa: 7:45 mlm
Tempat: k0lej siding, B.224
situasi: preparati0n

Dengan jiwa yang kacau, ku trpksa mgharunginya jua... ini lah cabaran.... dugaan.... dengan keadaan ku yg risau, cuak ku meneliti satu per satu, helaian demi helaian isi kndungn"cl0sing" itu..... ku cuba pahami sedlm2nya........ cuba mghayati erti, setiap patah perkataan... kamus sentiase menemaniku.... terima kasih kerana selalu ada wahai "kamus 0xf0rd".... mujur kawanku Anisah sedia mmbntu..... pr0ses memahami, menghafal, memp0werp0intkan, memprint, berlaku dgn serentaknye............. hanya tuhan je yg tahu..... prepare last2 minute cmtu la~~  ( 1:25 pg.. selesai )

24 MAC 2011
Masa: 8:00 pg
Tempat: BPP 2, uitm Arau, Perlis.
Situasi: cuak!! (Presentati0n)

Pagi ini ku bangun awal2 pg, siap mandi.... hari ini ku pakai jubah brwarna hitam dan berselendang plain merah.... semata-mata hanya untuk presentati0n........ulang sekali lg.......hanya untuk presentation semata-mata....huh! bersemangat..... 

Bermulala presentati0n: ku agak cuak melihat s0alan yg brtubi2 ditnya 0leh "hajah" kpd presenter2 sebel0m ku..... huh! tak0tnye.... then, tibe giliran aku... "next presenter!!"  ku dgar suara garau "hajah" memanggil... ku telan air liurku beberapa kali..... huh... dgn lafaz bismillah ku mulakan presentati0nku....

bla bla bla bla....i want to present about ESSENTIAL FOR CLOSING & GUIDLINES FOR CLOSING SALE... every sale has to be close............................... first of all as a saleperson, they have to looks at closing from the prospect's p0int of view .......................................................bla bla bla..................... ku lihat "hajah" tidak tentu arah---->> kejap2 tg0k attendence, kejap2 tnye klas.. seperti xade m00d.... then aku terdiam... aku mula risau.. dalam hati ( dia dah b0ring kut... ye la da dga 5 presenter kut ) huhu... ku mula gelabah... then die pndang aku smbil brkata "i'm sorry.. please procceed" ... bel0m sempat aku bukak mulut nk smbung..... "i want to ask you~ what do u understand about closing?" then dgn tenang ku mnjawab... " cosing is the process 0f finalizing the sale,............ bla bla bla.... die p0n trangguk2.... then tg0k slide aku..... and then...... die p0n ckp.... ni t0pik smlm kn??? ok.. xpela ckp la tu.... thnk you for your presentati0n....."

waaaa.... dlm hatiku lega yg teramat!!!... haha.. nseb baik kejap je.. dlm 10minit je kut.... waawawahh... org lain present kne tnye brtubi2.... nseb2.... hahaha.. yeahh legaaaa............... berakhir sebuah kekalutan~~
















Wednesday, March 16, 2011

hai 0bat... hai 0bat... mari bli 0bat...

salam... hihi... medik2!! ade 0rg sakit......... tlg2!! hahaha..... ad0i...masih ternyiang2 lg kt tlige aku ni... hahaha.. best w00... pengalaman jd 0c mse mgu orientasi kt UITM arau ni..... tp bru 2 kali je..... 2 2 lak tuh jd 0c medik.... bukan pe s0n0k tg0k org sakit (hahaha!! jahat bt0i)... tp s0n0k gak t0l0ng 0rg maa.... 

cite la sikit pgalaman t0l0ng s0rg pkwe ni.... masa ari pndaftaran baru2 nih.... (kt kolej popuan) abg kpd dak intake bru-bru ni.... tgn terkene besi... abis tersiat kulit.. agak ngeri jugak la tg0k luka tu... kesian tg0k... mke masih c0ver2 encem tu.... tp dlm hati....huhhh... sakit tu!!... agak besar gak la lukanye.... ermm... nk jdkn cite aku trdgr medik2!! huhu... aku trosla p ke "tempat kejadian"... tp pakwe tu msih lg gagah angkat beg naik atas.... aku pun tg0k... ehhh die ni xsakit ke??? darah da mngalir kt tgn tu!!.... aku p0n xsedap hati la... follow la gn se0rg lg dak medik  bawak skali first aid....  masa tu tugas aku bermulala.... sedia berkhidmat... huhu...

aku pun kata kt die "ehh tgn ni kne balut ni... darah terok tuuu!!" pastu die jawab "eh xpela.. sikit je" ehh mne bole mcmni... then aku kta kt die "xpe... saya ade first aid... awak pegi basuh luka tu dlu ye" ...eh2.. aku ni pandai2 je kn huhu....... time tu aku bawak kua iodine kapas gauze n plaster then balut....aku pun wt2 la pr0 balut luka pkwe tu... (bg 0rg nmpk pr0.. baru gempak beb!!hihi) ceh cnfident btol aku time tu... terase mcm nurse!! (haha.. xbleh bla) ... then yang bangga nye.... masa balut luka die tu.... die pon ckp kt aku... "bagosla sistem kt cni, parking p0n senang, xserab0t, lancar je xmcm dafta dkat teeettttt, sume cpt n lancar je kt cni"... waaa... bangganyee aku rase jd pelajar UTIM ARAU ni... then aku pun kata la "terima kasih"...hihi...

korg nk tau x ape lg yg best????!! hihi... ni la gnjarannye... (ubat)... bukan senang nk dapat ubat free ni... hhii... 2 beg xsilap bawak balik.... hahaha... meh la kalo nk ubat dtg cr saye..............




hehe... td p uk (unit kesihatan).. dapat ubat... yeye! haha... asal kua dr uk je... xsah la kalo xbawak balik ubat.... lps ni sye pulak makan ubat.... tlg ingatkn aku~ makan ubat...huhuuuuu~~=((... aduhhh~~ ni yg lemah ni.......






Friday, March 11, 2011

BE STRONG, GO FORWARD, MOVE AHEAD............

assalamualaikum.......... tetibe nk update blog... huhu... kali ni terdetik lak nk tulis something... ni aku yg create sendiri tau... kalo ade same tu mgkin kebetulan.. harap dimaafkan...... khas buat semua.... =)

0nly human~

0n the other shore of sadness,
it is said that there is a smile,
finally we arrived....
but what are we waiting for???
the purpose is not to run away...
it's to chase after dreams...
we should have gone out to travel..
on that summer day so long ago..
even tomorrow, if you see it..
though there isn't a sight either..
like a ship going against the current flow...
right now, go forward, move ahead.
event if it cuts through the rain & clouds
the wet roads shine...
0nly the dark will teach,
a stronger & stronger light
be strong, go forward, move ahead 


* "sometimes, the things we want not always we can get"